berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Sunday, May 29, 2011

Melahirkan jutawan pertanian



Apa yang penting dalam melahirkana usahawan yang bertaraf jutawan? Pertama-tamanya yang penting pada diri usahawan tersebut adalah apa yang ada pada diri usahawan tersebut dalam bidang yang diceburi. Maksudnya, untuk menjadi jutawan pertanian perlu ada 4 perkara.

Pertama, usahawan terebut perlu berilmu yang menyeluruh dengan apa yang mereka lakukan. Jika usahawan tersebut berkecimpung dalam ternakan ikan keli, mereka perlu tahu untuk menghasilkan anak-anak ikan keli, menghasilkan makanannya, penjagaannya dan tahu untuk mengatasi permasaalahan yang timbul serta berilmu untuk melakukan pemasaran.

Kedua, usahawan tersebut boleh mengeluarkan produk yang dihasilkan dengan kuantiti yang banyak. Biasanya pengeluaran yang berasas pertanian, dilakukan jauh dari kawasan pemasaran. Jika produk yang dihasilkan dengan kuantiti yang sedikit, sudah tentu kos pengangkutan dan kos perlaksanaannya adalah tinggi.

Ketiga, usahawan tersebut boleh mengeluarkan produk dengan kualiti yang cantik. Kualiti yang dimaksudkan adalah setidak-tidaknya produk yang mempunyai kualiti produk yang sama seperti produk dipasaran. Adalah lebih baik jika kita dapat menghasilkan produk itu mempunyai kualiti yang lebih baik dari pasaran.

Keempat, usahawan tersebut boleh menawarkan produk yang dihasilkan dengan harga yang murah. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu kewajiban yang perlu ada pada setiap usahawan yang ingin menjadi usahawan jutawan pertanian.

Apa yang berlaku hari ini adalah ramai usahawan yang muncul, tetapi tidak cukup penguasaan ilmu dalam bidang yang diceburi. Mungkin hanya tahu pada sebahagian ilmu sahaja. Inilah hasil kajian yang mendapati ramai usahawan bumiputera gagal dalam melaksanakan projek pertanian. Jika dibandingkan dengan bangsa lain seperti Cina atau India, kenapa mereka lebih menyerlah dan lebih berjaya? Bukan orang melayu tidak ada duit, bukan orang melayu tidak pandai atau bukan orang melayu malas. Ini adalah disebabkan orang melayu terlalu banyak idea untuk dilaksanakan tetapi apa yang dilaksanakan itu ilmu yang dikuasainya tidak menyeluruh.

Sebagai satu contoh, bila ditanya pada orang melayu diluar bandar...boleh tak ternak ayam kampong? Hampir semua orang akan mengatakan....sudah tentu boleh. Mereka beritahu bapanya dulupun ada membela ayam kampong. Mereka-mereka ini akan berjaya bila menternak ayam kampong dengan jumlah bilangan sekitar 20 ekor. Ini adalah disebabkan ternakan dengan sejumlah ini, tidak perlu memikirkan pemakanannya atau tempat tinggal untuk ayam. Ternakan yang dilakukan adalah secara lepas bebas, pemakanannya sekadar lebihan sisa dapur dan tempat tinggal ayam memadai bertenggek diatas pokok. Jika bilangan yang menjangkau sehingga 1000 ekor dan cara ternakan dilakukan seperti ini, sudah tentu mereka akan gagal dan disumpah seranah oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat.

Justeru menyedari akan hakikat ini, adalah menjadi satu fardu kifayah untuk yang berilmu mengajar kepada yang memerlukannya. Atas sebab itulah, saya mula melakar satu penghasilan buku tentang pertanian. Sama sekali tidak menyangka buku yang pertama kali yang dihasilkan telah mendapat sambutan yang luar biasa. Sehingga kini, kontrak penulisan buku bersama Dewan Bahasa & Pustaka, saya telah ditawarkan untuk 25 jodol buku tentang pertanian. Buku-buku ini akan dikeluarkan serentak pada akhir tahun ini. Kesinambungannya adalah buku-buku ini akan menjadi sebagai satu panduan lengkap untuk usahawan sebelum memulakan projek yang dipilih untuk diceburi. Selain dari itu dari pengalaman sebagai penulis, ingin saya berkongsi bersama  dengan anda bagi melahirkan penulis-penulis baru. Secara tidak langsung, kini saya boleh untuk menerbitkan buku-buku sendiri. Jika anda terpanggil untuk bekerjasama dalam penulisan buku, saya tidak kedekut ilmu.

0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...