berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Saturday, May 28, 2011

CENDAWAN

Cendawan adalah merupakan tanaman yang berpotensi untuk dikormersialkan. Cendawan juga mempunyai dayamaju sebagai tanaman komoditi di Malaysia. Permasaalahannya adalah untuk mendapatkan benih cendawan yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah disebabkan tidak ada piawaian benih yang ada dipasaran mempunyai kualiti yang bermutu ataupun tidak. Bagi mengatasi masaalah ini, adalah digalakkan pengusaha tanaman cendawan menghasilkan benih yang berkualiti secara sendiri.

Bagi tujuan untuk mencapai hasrat ini, pihak kami telah menyediakan makmal berserta kepakaran untuk dikongsi bersama anda. Kami ingin melahirkan pengusaha benih cendawan pada setiap adun diseluruh Malaysia. Ini bermakna, anda tidak perlu untuk bermodal tinggi bagi penyediaan makmal atau peralatannya.  Anda boleh menghasilkan produk dimakmal kami. Kepakaran untuk anda miliki, akan kami ajar. Produk yang separa siap, anda boleh bawa ketempat anda untuk dikembangkan. Secara ini, kos penghasilan benih akan dapat dikurangkan dan anda boleh memasarkan benih tersebut diperengkat daerah kepada penanam cendawan yang sedia ada atau penanam-penanam baru.

Penghasilan bongkah cendawan juga adalah merupakan satu perniagaan yang menguntungkan dan anda boleh lakukan ditempat sendiri. Keperluan bongkah akan menjadi permintaan yang tinggi bila sistem tanaman cendawan yang akan kami perkenalkan. Pemasaran bongkah cendawan sahaja boleh memberi keuntungan yang besar.

Manakala hasil cendawan yang dikeluarkan, kita akan pasarkan secara berangkai untuk pasaran cendawan segar. Dimana cendawan yang tidak dapat dipasarkan secara segar akan diproses dalam bentuk produk-produk lain yang berasas dari cendawan.
          
            
a.  Penyediaan makmal dan peralatan
b.  Penyediaan media;
c.   Pengambilan tisu
d.  Teknik penyuntikan tisu
e.  Pembiakan misellium
f.   Teknik penghasilan benih
g.  Penyediaan media tanaman
h.  Teknik penyuntikan benih
i.   Teknik pengeraman
j.   Penyediaan rumah tanaman
k.  Sistem penyejukan rumah tanaman
l.   Rak tanaman
m. Pengurusan tanaman
n.  Penuaian
o.  Penyeliaan selepas kutipan hasil
p.  Pemasaran
q.  Penghasilan produk siap

Komen.

Kepakaran diperolehi dari UPM dan MARDI. Kos peralatan dan makmal memerlukan modal lebih dari RM 100,000.00. Bagaimana cara untuk anda menfaatkan teknik pembiakan ini ditempat anda dengan hanya modal yang sedikit. Apa yang perlu anda lakukan adalah merealisasikannya bersama kami.

Apa yang perlu anda lakukan adalah;

i.    Persiapan diri dengan pengetahuan tentang tisu kultur. Kami akan mengajar anda secara tiori dan praktikal.
ii.    Kami sediakan makmal, anda akan melakukan kerja-kerja penghasilan tisu kultur untuk keperluan anda.
iii.    Hasil kerja yang anda lakukan dimakmal, anda bawa pulang untuk dikembangkan di tempat anda.
iv.    Anak-anak pokok yang dihasilkan dan dapat dipasarkan, sebahagian keuntungan berilah sedikit untuk kami.
v.    Anda berminat…hubungi kami… kami ingin cepat untuk merealisasikannya. Kami sediakan satu adun untuk satu orang pengusaha pembiakan tanaman secara tisu kultur.

0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...