berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Sunday, May 29, 2011

Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit...


Kita sering mengharapkan anak-anak kita akan berjaya apabila dia besar kelak.   Daripada kecil kita besarkan, apabila besar kita asuh agar dia menjadi seorang yang bijak dan pandai. Kekadang biar ibubapa bergolok bergadai agar anak-anak akan membesar dengan sempurna dan berpelajaran tinggi, menjadi insan yang hebat dan berguna. Alangkah bahagianya ibubapa dapat tahu anaknya diterima untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. Masa zaman saya dahulu, apabila keadaan ini berlaku, sebagai tanda kesukuran atas kejayaan anaknya (dapat surat tawaran), ibu bapa sanggup mengadakan kenduri kesyukuran sehingga menumbangkan lembu.

Berbaloi tindakan ibubapa sewaktu itu, disebabkan berjaya sahaja anak belajar di universiti akan keluar dan terus mendapat pekerjaan. Belajar di universiti pula sebahagian pelajar bukanlah bermaksud sangat untuk menimba ilmu, tetapi ramai yang hanya sekadar untuk lulus semata-mata. Apatah lagi apabila pelajar tersebut memegang biasiswa kerajaan negeri. Bayangkanlah ibubapa yang mempunyai anak yang ramai dan semuanya masuk universiti. Masyarakat kampong akan hormat dan segan terhadap ibubapa tersebut. Semuanya itu adalah sewaktu dahulu.

Tetapi hari ini berbeza, sudah tidak menjadi suatu yang hairan lagi bagi keluarga anak sepuluh dan kesepuluh anaknya itu masuk universiti. Ini adalah kerana hari ini terlalu banyak pusat pengajian tinggi dan menyebabkan berlakunya lambakan graduan yang keluar universiti sehingga industri kerja sudah tidak dapat menampung lepasan universiti ini. Akhirnya, mereka menjadi penganggur sehingga mereka menjadi beban kepada keluarga atau ibubapa. Apa tidaknya, terlalu memilih kerja. Graduan hari ini, tidak seperti dahulu. Dulu ada biasiswa, tetapi hari ini biasiswa hanya untuk pelajar yang benar-benar pandai. Sekarang ini adalah pinjaman PTPTN, yang mana pinjaman perlu dilunaskan.

Sudahlah tidak ada kerja, sekarang ini terpaksa menanggung pinjaman. Lima tahun berhempas pulas untuk mendapat segulung ijazah, tapi kini masih belum terjamin keindahan dalam kehidupan. Apabila melihat kawan-kawan yang mendapat kerja, terliur rasanya apabila dia ada gaji, kenderaan dan dapat mendirikan rumah tangga. Mungkinkah aku tidak dapat kerja disebabkan ibubapaku tiada kenalan atau saudara orang-orang kenamaan. Percayalah bahawa masalah ini bukan hanya anda seorang yang menghadapinya, malah ramai dan akan menjadi ramai lagi.

Apa seharusnya anda lakukan? Anda adalah dalam golongan orang-orang yang pandai. Mengapa anda membiarkan diri anda dalam delima dan kelompok pengangguran? Dunia hari ini perlu bersaing, seperti kata mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir), kita perlu merebut peluang dan bukan mengambil peluang. DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA, TETAPI SEGALA-GALANYA PERLU DUIT. Apa kata, saya sarankan untuk anda hayati, pelajari dan mahirkan diri daripada buku ini, sesungguhnya saya cuba sampaikan ilmu ini semampu yang saya boleh.

Apa perniagaan yang anda akan ceburi? Berapa modal yang cukup untuk membiayai perniagaan anda? Di mana anda hendak mencari modal sebanyak itu? Adakah anda berpengalaman dalam perniagaan yang diceburi? Sudahkah anda memulakannya? Bagaimana untuk memulakannya? Mahukah anda berisiko? Siapa yang akan menanggung risiko nanti?

Apabila anda memilih bidang perniagaan, anda perlu memikirkan apa bentuk perniagaan yang akan anda ceburi. Sama ada dibidang pengeluaran, perkhidmatan atau dibidang pemasaran. Sebagai satu contoh perniagaan yang kukuh di sektor pertanian adalah tanaman komoditi. Tanaman komoditi adalah seperti padi, koko, getah, kelapa atau kelapa sawit.

Jika anda memilih dalam bidang usaha tanaman kelapa sawit yang akan anda ceburi, berapa keluasan tanah yang anda ada? Jika hanya ada keluasan tanah satu ekar, untuk anda gunakan tanaman kelapa sawit bertujuan itulah kerjaya yang anda pilih, hasil yang anda perolehi sudah pasti tidak cukup untuk anda menampung kos kehidupan diri anda. Bagaimana jika sekiranya anda berumahtangga dan mempunyai anak? Adakah hasil tanaman kelapa sawit seluas satu ekar cukup untuk menampung keluarga anda? Bagaimana jika sekiranya harga pasaran kelapa sawit turun? Sudah tentu anda akan memperolehi pendapatan yang sedikit. Adalah tidak wajar, apabila anda seorang graduan dan akhirnya bekerja sebagai penanam kelapa sawit dengan keluasan tanah hanya satu ekar.

Apabila anda berminat menceburkan diri dalam bidang yang berkaitan kelapa sawit, saya mengajak anda berurusniaga dengan pasaran hadapan kelapa sawit. Anda lakukan pemasaran, biarkan petani yang sedia ada memiliki bidangan tanah untuk mereka teruskan cara mereka sebagai pengeluar, manakala saya dan anda selaku pemasarnya. Ayuh, saya ajak anda melakukan pemasaran di dalam dan di luar negara serta seterusnya kita sebagai penentu harga belian kelapa sawit di ladang. Saya perlukan ramai pengurus pemasaran, yang mana gaji yang anda perlukan, anda tentukan sendiri.

Pemasaran dalam perniagaan adalah nadi seperti darah dalam tubuh manusia. Apa jadi jika tubuh tidak ada darah, sudah tentu tubuh tidak bernyawa. Begitu juga dalam perniagaan memerlukan strategi kerana berniaga merupakan satu peperangan. Anda akan kecundang dalam pertempuran jika sekiranya tidak ada susun atur strategi terutama dalam melakukan pemasaran.

Begitulah peri pentingnya pemasaran dalam perniagaan. Berbeza dalam pemasaran pasaran hadapan komoditi. Bagi pasaran ini, pembeli dan penjual telah sedia ada. Apa yang anda perlukan adalah untuk melakukan urusniaga yang akan bertukar tangan di antara satu sama lain. Bagi tujuan untuk membuat keuntungan, anda perlu melakukan penjualan pada harga yang tinggi dan membeli pada harga yang rendah. Jika harga belian adalah lebih tinggi daripada harga jualan maka anda akan mengalami kerugian. Tempoh pertukaran adalah tidak disyaratkan untuk jangkamasa tertentu. Sebagai satu contoh, anda membeli dan ada peniaga lain menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga belian anda, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan. Kalau anda jual, untunglah anda.

Istimewanya pasaran ini adalah anda boleh melakukan penjualan terlebih dahulu kemudian baru anda membeli. Sebagai satu contoh, permintaan minyak kelapa sawit dari negara China telah dibatalkan. Apa akan terjadi sekiranya berlaku lebihan barangan dan kurang permintaan. Sudah tentu harga akan jatuh. Apabila ini berlaku, anda boleh menjual pada harga pasaran terlebih dahulu dan apabila harga rendah baru anda beli. Perbezaan ini adalah keuntungan.

Begitu jugalah sebaliknya apabila berlaku banjir, sudah tentu petani mengalami masalah untuk mengeluarkan buah-buah kelapa sawit dari ladang. Ini bermakna bekalan akan berkurangan dan permintaan adalah sama. Sudah tentu harga akan naik. Sebab itu peniaga akan berebut-rebut untuk membeli yang akan menyebabkan harga naik. Bagi sebilangan peniaga, ada yang memadai cukup dengan keuntungan yang kecil tetapi ada juga peniaga yang menunggu bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Ini bermakna anda tidak perlu risau untuk melakukan pemasaran, disebabkan dihimpunkan peniaga-peniaga seperti anda dan dipusatkan semuanya itu hanya dengan bilangan yang terpapar seperti di papan skrin komputer anda. Untuk berjual beli anda tidak perlu melakukan perbincangan dan tidak perlu belanja mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah bijak membuat keputusan dan bertindak dengan pantas, sebelum peniaga lain bertindak lebih pantas daripada anda.

Kebiasaannya dalam satu hari urusniaga yang dibuka secara purata, perbezaannya adalah sebanyak 50 mata, iaitu pergerakan harga di antara harga tertinggi dan harga terendah. Tetapi terdapat juga sesekali sehingga mencapai lebih daripada 100 mata. Apa yang perlu anda cari atau sebagai tugasan anda adalah untuk mendapatkan 3 mata pada setiap hari urusniaga. Hanya 3 mata sahaja!

Pergerakan harga akan membentuk zig-zag, ini adalah disebabkan kerana apabila harga naik, ada peniaga akan keluar pasaran untuk mengambil untung atau keluar disebabkan takut lebih banyak akan mengalami kerugian. Begitulah seterusnya yang berlaku kepada pergerakan harga seterusnya yang menggambarkan betapa sibuknya urusniaga yang dilakukan.

Jika 3 mata yang anda perolehi, satu mata dicaj bagi urusan jual beli dan dua mata lagi adalah keuntungan anda. Satu mata adalah bernilai RM25. Ini bermakna, anda akan memperolehi keuntungan sebanyak RM50 untuk setiap hari anda berurusniaga. Jika satu bulan dengan mendarab 25 hari kerja, anda akan memperolehi sebanyak RM1,250. Kalau ini anda boleh lakukan sebagai seorang graduan pusat pengajian tinggi, anda bukan sebagai penganggur lagi. Ya betul, anda bukan lagi PENGANGGUR! Buktikan!

Bagi yang angkuh sudah tentu akan mengatakan terlalu mudah untuk melaksanakannya. Sememangnya sesuatu yang mudah bagi mendapatkan 3 mata. Saya yakin dan percaya anda boleh lakukan, tetapi saya cabar anda jika anda boleh mengekalkan disiplin ini secara berpanjangan. Waktu ini, anda tidak lagi digelar sebagai penganggur dan anda tidak miskin lagi. Tetapi percayalah apabila anda tidak berdisiplin, anda akan hilang gaji dan pekerjaan yang anda sandang ini. Anda akan jatuh di paras kemiskinan. Apa tidaknya, apabila anda telah habis modal, anda sudah tidak dapat lagi berurusniaga.

Itu sebabnya dalam urusniaga pasaran hadapan sangat-sangat mementingkan disiplin diri yang kuat. Modal sebanyak RM6,000 (berdasarkan kepada keaktifan urusniaga) adalah lesen anda atau sebagai sijil yang perlu dalam kerjaya yang anda ceburi. Bayangkanlah dalam satu hari, mungkin anda bekerja hanya 3 minit sahaja. Sudah pasti anda rasa tidak puashati dan anda akan berulangkali masuk pasaran. Apabila ini berlaku, anda akan terdedah kepada risiko kerugian. Apa akan terjadi jika anda mengalami kerugian? Sudah tentu rasa tidak puas hati akan timbul dan emosi anda pastinya jatuh. Waktu ini anda berurusniaga dalam keadaan kelam kabut membuat keputusan dan bertindak dengan tidak tepat.

Sayangilah kerjaya anda dan jangan tergolong dalam golongan orang melayu yang mudah lupa. Cuba bayangkan dengan keuntungan RM1,250 sebulan, ini bermakna setahun anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM15,000 atau sebanyak 250% daripada modal berjumlah RM6,000.

Di dalam buku ini, anda diajar bagaimana untuk berurusniaga bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan dan bukan kerugian. Pelbagai teknikal diajar bertujuan untuk anda memulakan urusniaga bagi mendapatkan keuntungan. Teknikal yang diajar ini adalah merupakan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar yang telah banyak membuat keuntungan. Teknikal ini akan membantu anda dalam mengesahkan tindakan yang wajar diambil bagi anda mendapatkan keuntungan. Apa yang perlu untuk anda laksanakan adalah memahami, memahirkan dan tahu untuk menggunakannya. Anda perlu faham, mahir dan tahu menggunakan teknikal.

Teknikal tidak menipu anda kecuali hanya anda yang tidak faham untuk menggunakannya atau anda bertindak lebih awal sebelum pengesahan isyarat dari teknikal yang dikeluarkan. Teknikal sangat diperlukan bagi tujuan diparas mana untuk memasuki pasaran, dan sebagai pengesahan kedudukan anda. Setelah anda memasuki pasaran, adalah terserah kepada anda untuk keluar pasaran pada paras harga yang menguntungkan.

Pengggunaan teknikal yang sesuai adalah bergantung kepada tempoh catatan.   Semakin kecil tempoh catatan semakin tepat dan terlalu cepat arahan yang diberikan. Oleh itu, pelajari teknikal dan sesuaikan dengan tempoh yang anda pilih setelah anda buat penelitian.

Apabila anda berjaya dalam urusniaga pasaran hadapan, ini bermakna anda telah menyelesaikan masalah anda. Sebagai manusia yang bijak, seharusnya dapat mengawal diri sendiri. Adalah lebih baik anda berurusniaga dengan berstrategi dan fokus tentang matlamat anda. Pada peringkat permulaan, matlamat anda berurusniaga adalah untuk menyelesaikan masalah anda tiada kerjaya. Masalah kedua adalah menentukan tangga gaji yang sepatutnya anda akan perolehi. Masalah ketiga adalah tugas anda untuk menyelesaikan hutang yang anda perolehi sebagai modal membuka akaun. Masalah lain adalah untuk meningkatkan gaji anda. Seterusnya anda perlu membuat simpanan atau mengumpul aset.

a)   Apabila anda telah memilih jalan ini, inilah kerjaya anda. Anda berkewajiban untuk melaksanakan kerjaya yang anda pilih dengan sebaik mungkin. Ingatlah, bahawa peluang yang selalu datang kepada diri anda tidak semestinya peluang itu boleh dicapai. Wajib anda lakukan dengan bersungguh-sungguh dan fokus kepada apa yang anda lakukan. Dalami ilmu ini sejauh mana yang boleh dan pelajarinya secara berterusan. Ilmu yang anda ada hanya sebagai asas bagi pengetahuan untuk anda memulakannya. Pengetahuan dan kemahiran yang anda pelajari sebenarnya digunakan bukan hanya untuk pasaran hadapan kelapa sawit sahaja malah ilmu ini untuk pasaran global. Kini, anda sudah mempunyai kerjaya.

b)   Seperti yang dibincangkan di atas, sekiranya anda boleh mengekalkan 2 mata keuntungan pada setiap hari urusniaga, ini bermakna anggaplah itu adalah gaji anda. Sebanyak RM1,250 sebulan, anda boleh keluarkan dan belanjakan bagi keperluan harian. Hanya 2 mata untung dalam urusniaga, gaji anda RM1,250 sebulan, wah!

c)   Jika sekiranya modal awal yang diperolehi adalah dengan cara berhutang, gunakan gaji anda untuk membayarnya. Anda boleh mula membayar secara ansuran. Dengan cara ini, modal di dalam akaun akan menjadi hak anda setelah anda habis membayar hutang, sudah menjadi hak sendiri. Anda perlu ingat bahawa kerjaya anda ini adalah bergantung kepada modal dalam akaun. Tanpa modal dalam akaun, anda dibuang kerja. Anda harus terima hakikatnya.   Disiplin, disiplin, disiplin!

d)   Seperti pekerja-pekerja lain, sudah tentu apabila telah lama bekerja, anda inginkan kenaikan gaji. Di sini juga anda boleh tingkatkan gaji untuk diri anda sendiri. Kebanyakan pekerja, gaji meningkat setelah melalui satu tempoh dan kenaikan yang munasabah. Begitu juga halnya dengan diri anda. Apabila anda telah agak lama berurusniaga di dalam pasaran ini, sudah tentu anda akan memahami dan mahir dalam pasaran. Tingkatkan matlamat anda dari keuntungan 2 mata sehari kepada 5 mata sehari. Secara ini anda akan memperolehi RM3,125 (125 x 25) sebulan. Peningkatan ini adalah bergantung kepada penguasaan diri dan pencapaian ilmu dalam pengurusan pasaran. Tingkatkan gaji anda daripada RM1,250 kepada RM3,125 sebulan, 100% gaji anda naik bila anda telah mahir berurusniaga. INGAT! Jangan paksa diri.

e)   Setelah kini anda berjaya mendapatkan keuntungan daripada perniagaan yang anda ceburi dengan nilai RM3,125 sebulan, gunakan RM2,000 sebagai gaji anda. Manakala selebihnya anda gunakan untuk simpanan. Simpanan sebanyak RM1,125 sebulan, bermakna simpanan setahun anda sebanyak RM13,500. Jika dibandingkan dengan modal perniagaan anda sebanyak RM6,000 dan keuntungan setelah tolak gaji anda, keuntungan bersih adalah sebanyak RM13,500. Ini bermakna anda berjaya melakukan urusniaga dengan membuat keuntungan sebanyak 225%. Jika dibandingkan dengan perolehan pelaburan di ASB hanya 8%, bermakna anda adalah seorang yang bijak dan berjaya menyelesaikan masalah. Hebatnya, anda boleh menyimpan RM13,500 setahun.  Anda memang hebat!


0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...