berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Thursday, June 2, 2011

Ingin menjadi Usahawan pengeluar benih pisang


Satu program yang akan kita laksanakan adalah untuk mencari individu yang berminat untuk jadi pengeluar benih anak pisang. Program ini adalah untuk menempatkan satu pengusaha satu adun diseluruh Malaysia. Kita tidak akan ujudkan pada satu kawasan terdapat lebih dari seorang pengusaha. Sebab itulah kita mahu memilih individu yang betul-betul berminat untuk dididik dan dibimbing sehingga menjadi pakar dalam pengeluaran anak benih pisang.

Teknik penghasilan anak benih adalah secara tisukultur. Penghasilan anak benih secara ini adalah merupakan satu teknik yang moden dan pengeluarannya adalah kearah pengkormersialan. Konsep pembiakan ini bagi tujuan penghasilan anak benih dengan pengekalan sifat induk pokok pisang yang baik dan terpilih. Diantara sifat pokok yang dipilih adalah pokok yang tahan serangan penyakit, pokok yang mempunyai pertumbuhan yang cepat, pokok yang tahan dari serangan serangga dan yang penting pokok yang menghasilkan tandan yang panjang dan buah yang berat serta tidak menjejaskan ciri-ciri asal pokok.

Individu yang terlibat juga perlu mempunyai minat kearah perniagaan ini dan adalah merupakan individu yang boleh berdikari. Individu ini tidak semestinya lepasan siswazah, boleh juga terdiri dari belia-belia biasa atau petani biasa.

Apa yang akan dilakukan melalui program ini adalah untuk melatih individu tersebut kearah pembiakan tanaman secara moden (didalam makmal). Ini adalah penting pada perengkat pertama untuk memberi ilmu kepada peserta tersebut. Pengajaran akan merangkumi fasa 1, bagaimana untuk memilih anak pokok untuk diambil tisunya, teknik pengambilan tisu, teknik merawat tisu dan teknik penyediaan media pembiakan serta teknik penyuntikan tisu pada media. Fasa ke-2, adalah merangkumi untuk penyediaan media bagi tujuan membanyakkan pengeluaran benih ( media multiply ) dan kerja-kerja transplan. Ini adalah merupakan pengajaran pada perengkat makmal.

Setelah individu ini faham dan mahir melakukannya, pengajaran perengkat kedua adalah berkisar pengurusan pada perengkat semaian bagi penghasilan anak benih. Fasa pertama akan diajar bagaimana untuk penghasilan media tanaman untuk plastik tray. Peserta akan diajar bagaimana untuk menghasilkan media sendiri bagi tujuan untuk pengurangan kos dalam penggunaan media. Media berasas dari kokopeat, sekam bakar yang telah dikomposkan dan ditambah elemen yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok. Media juga boleh dihasilkan dari tanah gambut yang diproses dan ditambah elemen tertentu. Ini semua akan diajar kepada peserta, disebabkan media ini terlalu mahal untuk kita beli dipasaran. Seterusnya akan diajar untuk penghasilan media tanaman untuk keperluan tanaman polybag.


Pemasaran kepada pengguna adalah dalam bentuk anak benih dalam polybag. Anak-anak benih ini akan dipasarkan kepada petani oleh individu tersebut diperengkat daerah masing-masing. Anak benih yang berlebihan akan dipasarkan pada perengkat daerah lain yang kekurangan. Selain dari itu anak benih yang dianggap berlebihan akan digunakan sebagai tanaman perengkat ladang atau digunakan untuk keperluan agensi yang berkaitan.

Bagi mengatasi masaalah kos yang tinggi untuk penyediaan makmal, saya akan sediakan makmal sendiri yang kita akan gunakan bersama. Makmal ini telah tersedia ada yang kepunyaan saya sendiri dan kepunyaan kawan-kawan saya. Kemungkinan kita akan kenakan sedikit caj untuk penggunaan makmal, bahan-bahan dan utiliti serta sedikit sumbangan untuk tenaga pengajar...apapun kita bincang bersama

Kepada sesiapa yang berminat, kami dalam proses penyusunan untuk setiap individu yang akan beroperasi disetiap adun..

0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...