berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Sunday, May 29, 2011

Bagaimana untuk menjadi usahawan herba


Industri herba adalah merupakan satu lagi industri yang berpotensi tinggi. Permintaan dan keperluannya bukan sahaja untuk pasaran tempatan, tetapi juga untuk pasaran antarabangsa. Iklim dan kesesuaian tanah di Malaysia, menjadikan pokok herba yang tumbuh diibaratkan seperti satu anugerah alam kepada kita semua. Apakah yang harus kita lakukan, setelah diberi anugerah ini. Bukankah ini satu peluang yang perlu kita menfaatkannya?

Permasaalahannya adalah tidak semua mengetahui apakah cara untuk menghasilkan produk yang berasas herba. Apakah herba yang dianggap berpotensi. Bagaimana untuk memperolehi kelulusan dari pihak kawalan seperti Kementerian kesihatan atau bagaimana untuk mendapatkan tahap halal. Begitu juga untuk memulakannya, adakah bermula dengan penanaman, penghasilan produk, penganalisaan atau bermula dengan pasaran.

Bagi tujuan pembangunan industri herba ini, saya sendiri ada pengalaman dan sehingga kini masih saya aktif dalam industri ini. Penglibatan saya dalam industri herba adalah bermula pada tahun 2003. Satu permulaan setelah saya menamatkan kerja di Afrika Barat ( Guinee ). Saya membawa masuk sampel pokok herba dari negara tersebut yang di kenali sebagai pokok "kang kali bang". Pokok ini rupanya satu keluarga dengan pokok buah tin dan di Malaysia dikenali sebagai pokok mascotek.

Bermula dengan pencarian spesis mascotek, pembiakan, penganalisaan, penghasilan produk, testimoni, pendaftaran, pengiktirafan sehinggalan kepada pemasaran dalam dan luar negara. Sebenarnya mascotek ini terdiri dari banyak jenis ( lebih 80 spesis). Sebab itulah saya tidak boleh mengatakan produk orang lain yang berasas mascotek itu tidak bagus. Ini adalah disebabkan saya tidak tahu apa spesis yang mereka gunakan. Mungkin produk mereka lebih bagus dari produk saya, tetapi spesis yang saya gunakan telah dikaji oleh banyak universiti dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Hasil analisa mendapati bahawa pada setiap spesis itu mempunyai kelebihan masing-masing. Ada spesis yang mempunyai kandungan aphrodisiac yang tinggi berbanding dengan tongkat ali. Ada juga spesis mempunyai kandungan phytoestrogen yang tinggi bagi tujuan untuk menegangkan kulit atau sebagai awet muda. Apapun mascotek kandungan flavonoidnya dari jenis naringin adalah tinggi. Hasil analisa UM juga mendapati pada spesis tertentu mascotek boleh mengimbangkan tekanan darah selepas 30 minit pengambilannya. Manakala untuk menurunkan kadar kandungan gula pada darah (diabetis/ kencing manis) selepas 4jam. Ada juga yang menggunakan mascotek dari spesis tertentu untuk mengatasi masaalah denggi.

Apabila hasil kajian dari pelbagai universiti dan agensi yang berkaitan, apakah cara untuk kita berkongsi bersama? Adakah kita untuk memulakan industri ini dengan penanaman. Jika kita memulakan dengan tanaman, kita juga perlu bermodal dan berisiko. Atau kita bermula dengan penghasilan produk, kita juga perlu bermodal dan berisiko. Mungkin juga kita bermula dengan melakukan pemasaran. Biar apapun dimana titik permulaan yang anda akan mulakan, apa yang penting anda tidak mengalami kerugian atau melakukan kerja yang sia-sia.

Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita bersatu dan bekerjasama membangunkan industri herba ini kepada pemasaran yang lebih bersistematik dan global. Apa yang telah saya lakukan R&D, anda gunakan sebagai jalan pintas untuk perniagaan yang berasas herba untuk anda dan saya. Saya akan membantu mana yang termampu untuk perniagaan anda. KEJAYAAN ANDA ADALAH MILIK ANDA. Kejayaan anda juga adalah kejayaan saya.



0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...