berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Saturday, May 28, 2011

RM3,500 cukup untuk membuka makmal benih cendawan...

Industri tanaman cendawan pada hakikatnya mempunyai potensi yang besar. Cendawan juga boleh menjadi tanaman komoditi di Malaysia. Apa yang menjadi permasaalahan pada pengusaha tanaman cendawan adalah bagi mendapatkan kualiti benih cendawan yang bermutu tinggi. Benih-benih yang ada dipasaran kita tidak dapat mengenal pasti kualitinya. Adalah dikhuatiri benih yang ada di pasaran adalah dari generasi yang panjang atau benih yang tidak asli dihasilkan dari makmal.

Bagi penghasilan benih cendawan yang berkualiti tinggi adalah bermula dari pengambilan tisu pada cendawan segar. Cendawan yang diambil hendaklah cendawan yang segar dari pengeluaran pada bongkah yang sama tetapi pengeluaran yang kedua. Saiz cendawan adalah bersaiz normal, tidak cacat, bebas dari serangan bakteria, kulat dan serangga. Bermula dengan pengambilan tisu dari cendawan yang segar ini dan dipindahkan pada media potatos dektrose agar, pada perengkat ini dikenali sebagai generasi pertama. Misellium akan terhasil pada media.

 Pembiakan seterusnya adalah dengan memindahkan misellium ini pada media yang baru, pada perengkat ini akan dikenali sebagai generasi kedua, dan begitulah seterusnya. Jika terlalu panjang generasi yang dihasilkan, kekuatan misellium akan lemah. Misellium yang digunakan untuk menghasilkan benih cendawan menjadikan hasil tanaman cendawan kecil atau berkurangan. Ada juga berlaku sehingga tanaman cendawan tidak mengeluarkan hasil atau pengeluaran hasil tidak dapat dimaksimakan.

Selain dari itu, sifat tidak bertanggungjawab penjual benih cendawan adalah dengan melakukan penipuan. Ini boleh dilakukan dengan cara menyediakan media gandum yang telah direbus dan seterusnya mengambil sedikit benih yang telah sedia ada lalu dicampurkannya. Benih yang dihasilkan secara ini juga akan menjejaskan hasil tanaman yang berkurangan atau sehingga tidak mahu mengeluarkan cendawan langsung.

Menyedari akan hakikat ini, sehingga bilapun industri cendawan ini tidak akan boleh berkembang, terutama pengusaha yang tidak tahu menghasilkan benih sendiri. Bagi yang ingin menghasilkan benih cendawan sendiri, kos permulaannya adalah tinggi. Kos ini termasuklah untuk penyediaan makmal, peralatan dan media. Penyediaan makmal sahaja tidak cukup dengan bermodal RM 10,000 ( bilik penyediaan media, bilik penyuntikan dan bilik pengeraman). Penyediaan peralatan pula tidak cukup dengan modal RM 50,000 ( laminar flow, autoclave, mesin penyulingan dan peralatan makmal). Manakala media yang khusus tidak boleh dibeli dengan kuantiti yang sedikit.

Bagi tujuan ini, kepada individu yang berminat atau syarikat yang berkeinginan untuk menghasilkan benih cendawan yang akan dikembangkan dikawasan anda pada setiap adun, saya memberi perkhidmatan untuk anda menghasilkan benih cendawan dengan kadar yang minima. Hanya bermula RM 3,500..kami akan ajar anda bagaimana untuk menjadi pakar sebagai pengeluar benih cendawan. Anda gunakan makmal kami dan hasilnya adalah anda punya dan lakukan pengeraman ditempat sendiri. Nilai wang sejumlah ini, kami tawarkan untuk anda gunakan makmal kami selama setahun.

0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...