berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Thursday, June 2, 2011

Gagal dalam ternakan ikan keli?

Apa punca anda gagal? Adakah disebabkan kos pengeluaran yang tinggi? Jika disebabkan kos anak benih ikan keli yang tinggi, kenapa anda tidak menetaskannya sendiri? Bagi tujuan melakukan penghasilan anak ikan keli sendiri, anda perlu ada induk ikan keli yang berumur lebih setahun. Pada usia ikan keli ini, ia sesuai untuk dibiakkan, dimana telur-telurnya lebih bernas. Anak ikan yang dihasilkannya juga lebih tahan kepada serangan penyakit.

Bagi mendapatkan induk ikan ini, anda boleh lakukan dengan meneruskan tempoh pembelaan yang sedia ada atau membeli ikan keli yang telah dewasa di pasaran dan anda teruskan pembelaannya. Cara ini, anda telah jimatkan masa 3-4 bulan tempoh pembelaan. Anda juga boleh memilih berapa ekor ikan keli jantan dan ikan keli betina. Bila melakukan pembiakan, ikan keli jantan hanya digunakan sekali sahaja. Berbeza dengan ikan keli betina yang boleh digunakan lebih dari sekali.

Bagi tujuan untuk memulakan penghasilan anak benih, pastikan telur ikan pada induk betina adalah telur yang telah matang. Ini kita boleh pastikan dengan mengeluarkan sedikit telur dan pastikan warnanya. Warna kecoklatan adalah telur yang matang dan boleh dilakukan pembiakan. Tangkap induk ikan keli jantan dan betina dan simpan didalam bekas yang berisi air. Melakukan penyuntikan hormon pada induk ikan keli ini dilakukan pada sebelah malam. Iaitu kira-kira pada pukul 11 malam.



1 comments:

yang mahal tu rokoknya doh maintain terselit je...he he

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...