berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Saturday, June 4, 2011

Teknik terbaru penghasilan taugeh


Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang memilih sayuran tunas untuk sayur. Di antara sayuran tunas, kecambah kacang hijau dianggap sebagai sayur termurah, tetapi memiliki gizi dan nutrien yang tinggi.

Tauge ialah biji  benih tumbuh-tumbuhan apabila mula bercambah dan akan keluar dari kulit biji  benih atau mengeluarkan batang serta sedikit akar dan kotileden (kepala) sebelum mengeluarkan pucuk atau daun.

Institute of Food Research (IFR) di England menemukan dalam tauge dan kol ada sejenis zat yang sangat ampuh untuk menekan risiko kanser usus. Zat ini terbukti dapat membunuh sel-sel ganas penyebab kanser usus sekaligus dapat menghentikan penyebarannya.

“Untuk menghindari kanser usus, sebaiknya pengambilan atau memakan tauge 2 hingga 3 kali dalam seminggu.  Selain itu, tauge mengandungi banyak serat dan air, yang dapat membantu membersihkan kotoran dalam usus besar, sehingga bermanfaat mengurangi kemungkinan zat-zat beracun terserap oleh tubuh.

“Serat juga efektif untuk mengikat lemak dan kelesterol, dan membuangnya bersama kotoran. Kandungan kalsium yang tinggi dalamkecambahkacang hijau itu sangat baik untuk kesihatan jantung,” katanya.

Estrogen alami yang terdapat dalam tauge juga secara nyata dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah tulang osteoporosis dan pada masa sama, kasiat tauge di dalam badan mampu untuk menghancurkan lemak yang terdapat di dalam badan dengan cara mengecilkan molekul lemak.

Khasiat dan Kebaikan Taugeh untuk kesihatan
Tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge yang dihasilkan daripada kacang hijau banyak mengandungi protein (beta-k-rotin), vitamin B1, B2, fosforus dan ferum. Pertukaran kepada asid amino menukarkan kepada asid aspatik.

Tauge juga terdapat hormon yang diperlukan untuk penghasilan tenaga, enzim yang penting untuk keperluan tubuh badan manusia.

Selain itu, tauge juga mengandungi vitamin C yang tinggi sehingga 700 peratus (%). Bagaimana tauge bertindak di dalam badan manusia adalah dengan kaedah yang mampu menyerap makanan yang melekat pada dinding usus atau perut dan ditukar kepada bentuk najis.

Tauge juga boleh memerangkap atau memegang lemak yang berlebihan didalam badan. Selain daripada itu, mengamalkan pemakanan tauge juga boleh menghindarkan masalah gastrik perut, badan yang lemah dan mengurangkan kesan keracunan di dalam perut. 

MESIN PEMBUATAN TAUGE SECARA AUTOMATIK
Pembuatan tauge yang akan diperkenalkan adalah merupakan teknik pembuatan tauge yang tidak menggunakan bahan-bahan “chemical”. Teknik ini merupakan penanaman dengan menggunakan jangka masa pendek, tempoh yang singkat dan melakukan penanaman sepanjang tahun  di tempat yang teduh.
Mesin pembuatan tauge secara automatik ini telah diperkenalkan di Negara Thailand iaitu melalui salah seorang professor di sebuah Universiti di Bangkok yang mana beliau melihat kepada keperluan tauge di Negara Bangkok sahaja mencecah hampir 200,00 kilogram untuk sehari. Berkisar daripada itu, mesin ini dicipta walaupun ianya dianggap mudah tetapi penggunaannya adalah praktikal.
Khasiat tauge di dalam badan mampu untuk menghancurkan lemak-lemak yang terdapat di dalam badan dengan cara mengecilkan molekul-molekul lemak. Manakala ketahanan tauge ini adalah di antara suhu 20 hingga 35 darjah celcius. Penanaman tauge ini tidak memerlukan cahaya matahari.

KEGUNAAN MESIN
Mesin yang dicipta ini boleh mencambahkan pelbagai jenis biji benih bergantung kepada keperluan. Kesedaran masyarakat pada hari ini tentang pentingnya penjagaan kesihatan menjadikan masyarakat menerima makanan yang berasaskan mikro biotik dan salah satu contoh makanan seperti tauge. Selain itu, Tauge mampu memecahkan molekul-molekul di dalam badan manusia khususnya seperti lemak serta mampu memecahkan molekul-molekul yang terdiri daripada khasiat protein, tepung dan lemak kepada molekul yang lebih kecil di mana hasilnya kepada molekul gula, asid amino dan asid lemak.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT TAUGE
Bekas yang digunakan adalah terdiri daripada bahan plastik dan untuk kaedah ini kita menggunakan bekas seperti pada gambarajah. Apabila disusun akan menghasilkan lima tingkat untuk saiz ini menggunakan kacang hijau sebanyak 2 kilogram dan boleh menghasilkan tauge sebanyak 15 hingga 18 kilogram.
1)      Tingkat pertama iaitu paling atas bertujuan untuk penyimpanan stok air yang diperlukan untuk percambahan biji-biji benih.
1.1)            Takungan ini terdiri daripada dua lapisan yang mana lapisan atas merupakan takungan air dari saluran paip untuk mengalirkan air pada bekas tersebut
1.2)            Pada tingkat atas ini juga mempunyai saluran paip untuk  mengawal air mengalir pada bekas mengikut kelajuan yang sederhana dan air yang keluar adalah 8 liter per jam.
2)      Pada Tingkat kedua berfungsi sebagai tempat pembahagian air di antara tingkat pertama. Hal ini bermakna, pada tingkat ini ia menerima air dalam kuantiti yang sedikit melalui corong paip untuk mengalirkan air pada biji benih.
3)      Tingkat ketiga juga merupakan ruang tambahan untuk proses percambahan tauge. Pada ruangan ini terdapat jaring penapis yang berfungsi untuk menutup di atas ruangan ini.
4)      Tingkat seterusnya iaitu ruangan keempat berperanan untuk meletakkan biji-biji tauge untuk proses penanaman.
5)      Tingkat terakhir iaitu kelima adalah tempat sebagai takungan air sebelum air dibuang.
6)      Justeru, selain kelima-lima tingkat ini, terdapat juga set-set paip untuk disambungkan kepada pili air bagi tujuan pengaliran air dengan sempurna bagi memudahkan proses penanaman secara mudah dan praktikal.

CARA PENANAMAN TAUGE
1)      Untuk hasil terbaik bagi penanaman tauge ini, pemilihan biji-biji benih yang baru dan cantik amat penting untuk tumbesaran tauge yang berkualiti. Misalnya, bagi tempoh jangkamasa 3 hingga  8 bulan pilih biji benih yang baru untuk tumbuh dengan baik dan sempurna.
2)      Kemudian timbang biji-biji kacang antara 2 hingga 2.5 kilogram untuk menghasilkan tauge antara 15 hingga 18 kilogram. Kuantiti biji-biji kacang tadi hendaklah tidak melebihi 3 kilogram.
3)      Cuci kacang dengan menggunakan air sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.
4)      Seterusnya, rendam biji kacang dengan air biasa atau air suam pada sekitar 50 hingga 60 darjah celcius atau menggunakan air panas dan air sejuk pada satu bekas sahaja.
5)      Kemudian, rendam biji kacang tadi 6 hingga 8 jam agar terhindar dari sebarang penyakit malah biji kacang tadi mulai tumbuh dengan baik dan sihat. Untuk hasil yang terbaik, air rendaman hendaklah sentiasa ditukar antara 3 hingga 4 jam sekali.
6)      Selepas 2 jam biji kacang itu direndam, biji-biji kacang yang muda yang timbul dan pecah hendaklah dikeluarkan.
7)      Langkah seterusnya, biji-biji kacang yang telah diambil hendaklah diletakkan di tingkat empat yang mempunyai lubang penapis. Kemudian longgokan kacang hendaklah diratakan dengan baik.
8)      Kemudian ambil bekas plastik tingkat tiga untuk disambungkan dengan tingkat 4
9)      Berikutnya, ambil tingkat 1 dan 2 serta set wayar paip. Kemudian sambungan pada paip hendaklah diketatkan.
10)  Air paip hendaklah dibuka secara sederhana dan beroperasi selama 24 jam. 1.5 hingga 2.5 hendaklah sekali sahaja penyiraman air dan air paip itu tadi hendaklah dikawal oleh kepala paip.

PERHATIAN :
a)      Air buangan pada tingkat 5 boleh digunakan untuk tujuan menyiram pokok-pokok, sayur-sayuran dan tumbuhan lain. Perlu diingatkan bahawa air takungan ini jangan disiram semula pada pokok tauge .
b)      Setelah 3 hari proses penanaman, tauge siap untuk digunakan.
c)      Bagi tauge yang mempunyai akar  jenis pendek dan gemuk makanan tambahan “green life” perlu ditambah. Manakala untuk tauge yang kurus dan panjang pula memerlukan jangka masa lebih 3 hari untuk proses tanaman. Justeru, tanaman tersebut hendakalah tidak melebihi 4 hari.
d)      Tempat-tempat yang digunakan hendaklah diletakkan ditempat yang strategik iaitu di lantai yang rata kedudukannya supaya bekas tersebut teratur kedudukannya. Malah air hendaklah digunakan setiap masa, selama 3 hari air boleh mencecah antara 550 liter hingga 650 liter.
e)      Apabila kerja-kerja tanaman telah siap, bekas yang telah digunakan hendaklah dibersihkan .
f)       Justeru, bagi seseorang yang baru menceburi bidang ini, mereka hendaklah memimgkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam tanaman ini.
g)      Selain itu juga, kacang kuning atau jenis biji-biji kacang yang lain boleh digunakan.
h)      Bagi tauge yang mempunyai akar yang pendek dan gemuk untuk tujuan perniagaan atau untuk makanan sendiri hendaklah ditambah ‘green life’ 2 hingga 3 kali sehari.
i)        Biji-biji yang tumbuh pada setiap jenis mempunyai khasiat yang banyak.


Pembuatan Taugeh
Cara pembuatan taugeh iaitu dengan mengambil kacang hijau sebanyak 1 kg untuk menghasilkan 5 hingga 6 kg taugeh. Justeru, pemilihan kacang hijau hendaklah berwarna hijau dan pilih kacang yang berminyak untuk menghasilkan taugeh yang berwarna kuning muda dan bukannya berwarna putih. Manakala bagi pemilihan kacang yang berkulit hitam, pemilihan kulitnya hendaklah berwarna hitam.
            Seterusnya, biji kacang itu tadi hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air yang bersih. Pemilihan kacang yang baik dan berkualiti amat penting untuk menghasilkan taugeh yang bermutu tinggi. Oleh hal demikian, penggunaan biji kacang yang bernas dan baik serta cara merendam hendaklah dilakukan terlebih dahulu di dalam bekas. Kemudian, air bersih diisi di dalam bekas yang mengandungi biji kacang yang terendam. Selepas itu, biji-biji kacang yang terapung di atas permukaan air hendaklak dikeluarkan dari bekas tersebut.
Setelah biji kacang yang terapung dikeluarkan dari bekas tersebut, biji kacang hendaklah dikeringkan dan dikisar untuk dijadikan tepung kacang untuk kegunaan yang lain. Bagi kacang yang bernas,  ia hendaklah direndam di dalam air  yang dicampur dengan bahan-bahan  klorin (100kpm) selama 1  hingga 2 jam. Melalui kaedah ini, ia boleh membersih dengan kadar 95%. Sekiranya bahan klorin tiada ia juga boleh digantikan dengan menggunakan air panas yang ditambah dengan air sejuk dengan kadar 1:1 liter dan direndam selama 1 hingga 2 jam.

Langkah seterusnya ialah sediakan bekas plastik seperti tong sampah dan lubangkan pada bahagian lantai secara merata dengan saiz 2 hingga 3 milimiter (mm). Kemudian, kacang yang telah direndam dan setelah ditoskan hendaklah dimasukkan ke dalam tong yang disediakan iaitu berdiameter tinggi tidak melebihi 1/3 dari ketinggian tong tersebut dan ini bermakna isipadu akan bertambah apabila kacang mula bercambah.
Biji-biji kacang di dalam bekas perlu diratakan dengan menggunakan tangan atau sudu. Hal ini penting untuk memastikan tanaman biji kacang berada dalam keadaan baik dan sempurna. Kemudian, tutup bahagian atas permukaan kacang dengan menggunakan guni jut yang telah dibentuk atau menggunakan kain kasa. Perlu diingatkan bahawa, guni atau kain kasa hendaklah dinyahkan bakteria terlebih dahulu sebelum digunakan iaitu dengan cara merebus guni atau kain tersebut. Bekas tanaman yang telah siap dilakukan hendaklah disimpan di tempat yang teduh dan bekas tersebut perlu dialas dengan batu-bata bagi tujuan untuk memudahkan air tos serta proses ini akan melancarkan pengaliran pengudaraan dengan baik.
Cara penyiraman:
Penyiraman pada hasil tanaman amat perlu dilakukan bagi tujuan penyejukan untuk pertumbuhannya. Penyiraman ini penting agar taugeh tidak berada dalam suhu yang panas. Justreru itu, air siraman hendaklah bersih dan kaedah penyiraman dilakukan secara sederhana. Bagi mengesan agar bahang dalam bekas tidak panas, letakkan tapak tangan pada permukaan didalam bekas. Perlu diingatkan bahawa air yang digunakan mestilah bersih dan tidak bertakung dalam bekas.
Penyiraman hendaklah dilakukan setiap 2 hingga 3 jam dan secara berterusan sama ada waktu siang atau malam. Walau bagaimanapun, penyiraman boleh dilakukan 4 hingga 6 jam sekali bergantung kepada suhu panas. Apabila penanaman mencapai 18 hingga 20 jam, saiz taugeh boleh mencapai 0.5 hingga 1 sentimeter (cm). Bagi menambahkan berat taugeh adalah dengan menambah baja. Penambahan baja adalah bertujuan untuk meningkatkan nutrien pada taugeh. Kaedah untuk menambahkan ubat pada taugeh ialah dengan menghentikan penyiraman selama 2 jam bagi mengeringkan taugeh yang terdapat di dalam bekas.
Cara-cara menggunakan adalah dengan kadar 1mililiter (ml) air dan air bersih hendaklah ditambah sebanyak 1 liter untuk melakukan proses penyiraman secara menyeluruh. Selepas proses penyiraman hendaklah dibiarkan selama 2 hingga 3 jam dan selepas itu lakukan penyiraman sebanyak 5 hingga 6 kali ganda dari penyiraman biasa. Pemberian ubat dilakukan dua kali untuk satu tanaman, kekerapannya adalah 1 hari sekali dan pemberian kedua selepas 24 jam daripada pemberian pertama.
Tempoh proses penanaman taugeh adalah selama 68 hingga 72jam pada musim hujan atau musim panas dan pada musim sejuk pula proses penanaman mengambil tempoh selama 96 jam. Justeru, kerja-kerja pengasingan kulit biji tauge perlu dilakukan sebelum ia dipasarkan. Sebelum melakukan aktiviti pemasaran, taugeh hendaklah disiram dengan menggunakan cuka makan atau sodium metabisulfat atau sodium hidrosulfat. Kebanyakan pengusaha menggunakan metabisulfat yang ditambah air supaya warna taugeh tidak berubah. Pada setengah tempat, penggunaan sodium metabisulfat adalah terlarang apabila pengambilannya mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
TAUGEH TANPA AKAR
Kaedah menanam tauge tanpa akar adalah dengan menggunakan tong plastik berwarna hitam dengan saiz muatan 20 liter. Kemudian, lubangkan bekas tersebut pada bahagian bawahnya dan ambil dawai mata punai (plastik jaring) untuk dipotong mengikut saiz di dalam bekas. Langkah seterusnya, dengan menggunakan 5 keping kain atau guni jut yang telah dipotong mengikut spesifikasi bentuk dan ruang di dalam bekas tong. Batu kerikil yang bersaiz kecil dan sederhana dibersihkan.
Justeru, kacang yang telah direndam dengan air suam hendaklah dibersihkan. Kemudian, batu kerikil pada permukaan bahagian lantai bekas ditabur dengan rata. Seterusnya, masukkan plastik yang berbentuk jaring dan diletakkan di atas batu kerikil tersebut. Bentangkan kain atau guni yang telah dibentuk di atas jaring plastik berkenaan.
Tindakan selanjutnya, tabur kacang di atas permukaan kain dengan rata dan sempurna dengan kadar ketinggian 3 biji kacang. Masukkan plastik jaring di atas lapisan biji-biji kacang untuk membentuk lapisan kedua. Bentangkan kain atau guni yang telah dibentuk di atas jaring plastik dan kacang ditabur secara rata di atas permukaan kain dengan kadar ketinggian 3 biji kacang. Lakukan langkah seperti di atas dengan membentuk 5 lapisan, dan kemudian bekas tersebut ditutup rapi dan kemas. Setelah selesai, simpan bekas tersebut di tempat yang teduh dan sejuk serta kawasan yang tidak terlalu terang untuk proses penanaman kacang dengan sempurna.
Penyiraman
Proses penyiraman tauge dilakukan pada setiap hari, sama ada waktu siang atau waktu malam. Tujuan penyiraman adalah untuk menyejukkan kawasan dalam bekas tong. Penyiraman dilakukan setiap 2 hingga 3 jam sekali dengan kadar sederhana. Hal ini penting bagi memastikan pertumbuhan tauge tidak terjejas bahkan tumbuh dengan baik dan sempurna.
Air
Air amat penting untuk manusia, haiwan, tumbuhan mahu pun hidupan lain untuk hidup. Tanpa air, semua hidupan di permukaan bumi akan mati. Oleh itu, air amat penting untuk proses tanaman untuk hidup subur dan sempurna. Maka, proses penyiraman pada pokok tauge hendaklah menggunakan air paip yang bersih. Perlu diingatkan bahawa air paip untuk aktiviti penyiraman hendaklah disimpan atau air tersebut ditakung terlebih dahulu selama 7 hari untuk digunakan.
Penakungan air ini bertujuan untuk mengurangkan kandungan klorin yang terkandung dalam air paip tersebut. oleh hal demikian dengan cara dienapkan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut. Penyiraman juga boleh menggunakan air telaga atau perigi. Air yang telah digunakan untuk penyiraman, tidak boleh digunakan semula untuk membuat penyiraman sekiranya tidak dilakukan rawatan terlebih dahulu. Sebaiknya menggunakan air yang baru, yang belum digunakan dan air yang tidak tercemar.
Pemotongan akar taugeh.
Proses pemotongan akar taugeh hendaklah menggunakan pisau yang tajam dan potong akar taugeh pada bahagian bawah kain atau guni. Kaedah pemotongan dengan cara yang betul amat penting bagi menjamin kualiti tauge terjamin.
Pasaran
Satu kilogram (kg) kacang hijau bolah menghasilkan 7 - 8 kilogram tauge. Sekiranya harga kacang hijau RM6.00 per kg dan harga taugeh RM1.50 per kg iaitu pada harga borong.

“ Ini beerti satu kg kacang hijau akan menghasilkan RM9.00 jualan tauge iaitu pada harga borong. Untung kasar yang kita perolehi adalah sebanyak RM3.00 per kg bagi setiap satu kg kacang hijau,” katanya.

Mencari pasaran di sesuatu daerah yang mempunyai 100 buah kedai untuk menjual tauge adalah suatu perkara yang mudah.

“Jika sebuah kedai memerlukan purata 10 kg taugeh sehari, ini bermakna di dalam daerah tersebut sahaja kita boleh menjual sebanyak 1000 kg tauge. Jika harga jualan RM1.50 per kg,
bermakna satu hari nilai jualan adalah sebanyak RM1,500.

“ Untung kasar yang kita peroleh dalam sehari ialah RM300. Jika dinilai bagi setahun pula, untung kasar ialah RM109,500 (365 hari x RM300),” katanya.

Permulaan projek
Bagi memulakan projek tanaman tauge ini. Modal yang diperlukan tidaklah begitu besar baik kos tetap mahupun kos berubah.

Penanaman taugeh secara komersial memerlukan perkara seperti rumah penanaman, peralatan dan kedudukannya, bahan tanaman dan teknik penanaman
Faedah teknik terbaru
Penggunaan sistem ini dapat mengurangkan kos pengeluaran, kos penggunaan air dan kos kerja penyiraman.

Penggunaan alat saluran paip dapat mengurangkan penggunaan air untuk siraman. Hal ini kerana, proses pengeluaran air dari saluran paip adalah kecil untuk disalurkan ke tingkat seterusnya.

“Selain itu, ia dapat dilihat dalam aspek penjimatan masa penyiraman air dan menjimatkan masa dalam satu pusingan pengeluaran. Dengan teknologi sistem “green life” ini, tauge dapat dikeluarkan dalam tempoh 4 hari purata berbanding 5 hari sebelumnya, iaitu penjimatan  masa selama 1 hari.

“Hasil tanaman juga berjaya meningkatan hasil tauge daripada enam kg purata kepada sembilan kg purata bagi setiap kilogram benih kacang. Pengusaha juga tidak perlu melakukan aktiviti penyiraman secara manual dan mampu membesarkan saiz pengeluaran tauge serta boleh mejalankan kegiatan ekonomi yang lain,” katanya.






0 comments:

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...