berdosa aku kalau tidak menyampaikannya.....(blog dalam pembangunan)...contact us:019-6132045

Friday, June 3, 2011

Teknik untuk mencapai kejayaan dan Cara memilih projek untuk sendiri melakukanya

Kayu pengukur kejayaan itu adalah sesuatu yang umum. Adakah kejayaan itu ingin dicapai dari sudut kedudukan atau pangkat. Contohnya, seorang guru biasa yang inginkan jawatan yang lebih tinggi seperti guru bidang, atau sebagai guru hal ehwal murid (HEM), atau sebagai guru kanan, sebagai penolong pengetua atau sebagai pengetua. Apabila guru tersebut telah mencapai apa yang dikehendaki, maka itulah kejayaan yang telah dicapai. Contoh yang lain, bila wanita asalnya adalah sebagai ahli biasa dalam pergerakan wanita Barisan Nasional, mungkin berkeinginan untuk menjadi AJK perengkat cawangan atau berkeinginan untuk menjadi ketua wanita cawangan. Apabila jawatan diperolehi, itu juga adalah pencapaian kejayaan.
 Mungkinkah kejayaan itu ingin diperolehi dari sudut kerjaya. Contohnya, hari ini dia bekerja disyarikat guaman. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan mempunyai firma sendiri. Dia berusaha untuk belajar semula dan bila berjaya, dia dapat apa yang dicit-citakannya. Itu juga adalah satu kejayaan. Kejayaan ini adalah sesuatu yang diharapkan dan diperolehi selepas dia berusaha.
Ada juga yang mengukur kejayaan dalam pencapaian markah terbaik dalam ujian. Contohnya, pelajar sekolah yang menduduki pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Jika pelajar tersebut inginkan pencapaian yang cemerlang dalam pepereksaan untuk mencapai keputusan semua matapelajaran dengan pangkat A. Setelah dia berusaha dan setelah memperolehi keputusan yang cemerlang, itu juga adalah satu pencapaian. Setelah dia berusaha bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan dan akhirnya dia berjaya, itu adalah kejayaan dari pencapaian.
Atau juga kejayaan adalah dari sudut peningkatan dalam ekonomi. Inilah yang ingin kita bincangkan. Bagaimana untuk mencapai impian untuk berjaya dari sudut peningkatan ekonomi. Bila kita susah, orang akan benci dan bila kita senang, orang akan dengki. Ini bermakna tidak ada kedudukan samaada kita susah atau senang, akan disukai oleh ramai orang. Apabila kita miskin, dalam ajaran agama Islam sendiri mengatakan; kemiskinan itu akan menuju kekufuran. Oleh itu, tidak ada pilihan lain melainkan kita kena keluar dari belenggu kemiskinan. Bagaimana untuk kita keluar dari belenggu ini.

MERANCANG APA YANG INGIN DILAKUKAN

            Setelah kita kenalpasti dengan jelas apa perkara yang ingin dicapai untuk kejayaan, mulakan dengan melakukan perancangan. Anda ingin berjaya dalam peningkatan ekonomi diri. Secara tidak langsung dengan peningkatan ekonomi diri, akan meningkatkan ekonomi keluarga dan mengukuhkan ekonomi negara. Perengkat awal apa yang perlu anda lakukan dalam perancangan bagi tujuan peningkatan ekonomi adalah merancang perkara-perkara yang anda akan lakukan dapat menambah sumber kewangan. Perancangan ini anda perlu senaraikan seberapa banyak sebelum anda analisa.
            Tidak menjadi kesalahan jika anda senaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan adalah terlalu banyak. Mungkin perkara-perkara tersebut sehingga akan mencecah 500 perkara yang mungkin boleh anda lakukan bagi bolih untuk memperolehi kewangan. Semakin banyak senarai yang anda dapat fikirkan adalah semakin baik. Contohnya, menjual goreng pisang, menjual nasi lemak, menjual sayur, menternak ayam, cari kangkung diparit, cari siput sedut, dan banyak perkara lagi yang anda boleh masukan dalam senarai anda buat. Sehinggakan dalam senarai, ada perkara yang dilarang dari agama serta perundangan negara, juga anda boleh senaraikan.
Contohnya, menternak babi adalah perkara yang mudah untuk mendapatkan wang, tetapi dilarang dari sudut agama, dalam melakukan penyenaraian bagi membuat perancangan adalah dibolehkan. Ini adalah disebabkan anda hanya menulis dalam menyenaraikan membuat perancangan. Anda belum melakukannya. Mungkin juga anda menyenaraikan untuk mengutip anak-anak kerang, ini adalah salah dari perundangan jika anda tidak ada lesen. Anda juga belum melakukan kesalahan disebabkan hanya menyenaraikan dalam perancangan. Anda akan salah, setelah anda melakukannya.
Membuat senarai perancangan ini mungkin memerlukan tempoh masa sehingga seminggu sekalipun tidak mengapa. Asalkan anda dapat menyenaraikan perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk peningkatan ekonomi. Peningkatan ekonomi yang boleh mendatangkan sumber kewangan yang besar ataupun nilai yang kecil. Apa yang penting perkara tersebut anda boleh lakukan. Jika boleh, telah habis kesemuanya apa yang anda fikir anda boleh lakukan, anda telah senaraikan.
Mengikut kajian dan penelitian, kenapa dan mengapa orang-orang melayu bila melakukan sesuatu projek, ramai yang gagal awal berbanding orang-orang Cina atau bangsa-bangsa lain. Bukannya orang melayu tidak ada modal. Ramai juga orang melayu yang mempunyai modal. Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan pinjaman bagi tujuan orang-orang melayu bagi mendapatkan modal. Bukannya orang-orang melayu malas. Ramai juga orang-orang melayu yang rajin. Tetapi ramai yang gagal dalam melaksanakan projek yang diusahakannya. Bukannya orang melayu tidak pandai. Jika orang melayu tidak pandai, tidak adalah pemimpin negara dari bangsa melayu. Bidang-bidang pakar seperti kedoktoran, kejuruteraan dan berbagai kepakaran lagi, sehinggakan ke bulan orang melayu juga berkebolehan.
Ramai orang melayu yang gagal adalah disebabkan orang melayu terlalu kaya dengan idea. Dia boleh buat ini dan boleh buat itu. Apabila dia melaksanakan, sebenarnya ilmu yang dia ada tentang apa yang dilakukannya itu adalah tidak menyeluruh. Atas sebab itulah, ramai orang melayu yang gagal bila melaksanakan projek. Anda perlu berilmu yang menyeluruh dengan apa yang anda lakukan. Oleh itu, bagi membendung dari anda melakukan kegagalan adalah salah satunya dengan cara menyenaraikan seberapa banyak yang boleh idea perancangan bagi tujuan untuk mempertingkatkan ekonomi anda. Semoga dengan cara ini anda tidak gagal lagi disebabkan orang-orang melayu terlampau banyaj idea. 

MELAKUKAN PENAPISAN DARI PERANCANGAN YANG INGIN DILAKUKAN

            Kini anda telah ada senarai perancangan yang boleh meningkatkan kewangan anda. Perancangan ini adalah merupakan perkara yang anda boleh lakukan. Tahniah kerana anda telah berjaya melakukan tugasan seperti ini. Semakin banyak dalam senarai yang berjaya anda senaraikan, anda adalah wanita yang hebat. Mungkin anda telah berjaya menyenaraikan sehingga 500 perkara yang mungkin anda boleh lakukannya. Adakah anda akan melakukan kesemuanya itu? Tentunya sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan kesemuanya. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat analisa dan melakukan penapisan.
            Analisa dan penapisan itu perlu anda lakukan disebabkan terlalu banyak perancangan dalam senarai yang telah anda buat. Anda perlu melakukan penapisan dengan menggugurkan dari senarai tersebut, perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara. Gugurkan juga dari senarai perkara-perkara yang dilarang dari ajaran agama Islam. Begitu juga anda gugurkan dari senarai perkara-perkara yang mengganggu penduduk persekitaran atau yang mengganggu alam sekitar yang mungkin menyebabkan pencemaran. Ini adalah diantara tapisan yang perlu anda gunakan bagi menapis dari jumlah besar perancangan yang anda telah senaraikan.
            Tinggalkan 10% dari jumlah keselurahan senarai perancangan yang anda telah lakukan. Jika pada awalnya ada terdapat sebanyak 500 perkara, 10% adalah berjumlah sebanyak 50 perkara yang boleh membantu anda untuk pertingkatkan ekonomi. 50 perkara ini adalah yang terbaik untuk diri anda, jika dibandingkan dari jumlah awal sebanyak 500 perkara. Walaubagaimanapun sejumlah 50 perkara untuk  anda lakukan adalah masih terlalu banyak. Itu adalah merupakan jumlah yang sukar untuk anda lakukan. Dari jumlah ini, anda perlu lakukan penapisan sekali lagi.
Pada tahap ini, anda lakukan penapisan dengan mengambil kira dengan perkara yang anda betul-betul yakin yang anda boleh lakukan. Selain dari itu, perlu mengambil kira kemampuan sumber kewangan untuk memulakan atau membiayainya. Perkara yang anda pilih juga mestilah anda telah mengetahuinya atau anda ada ilmu tersebut. Jika anda memilih perkara tersebut tetapi ilmu yang ada tidak menyeluruh, pastikan anda tidak bermasaalah untuk pertingkatkan ilmu kearah yang mendalam perkara tersebut. Pastikan perkara tersebut yang mempunyai potensi yang besar. Penting juga perkara tersebut adalah menjiwai diri anda atau anda suka perkara tersebut.
            Dari jumlah 50 perkara yang anda tapis, tinggalkan sebanyak 10%. Ini bermakna anda ada baki perancangan sebanyak 5 perkara. Perancangan yang tinggal ini adalah yang terbaik dari 50 perkara dan yang terbaik dari 500 perkara. Walaubagaimanapun sejumlah 5 perkara adalah masih dianggap jumlah yang besar. Ini juga perlu anda lakukan bagi tujuan untuk memilih 1 dari jumlah 5 baki perancangan yang terbaik untuk anda. Adalah terbaik jika anda memilih bagi melaksanakan dengan penggunaan kos yang meminimakan sekali dan minima risiko. Kini anda telah berjaya memilih perkara yang boleh membantu anda untuk mempertingkatkan ekonomi anda. Perancangan ini adalah yang terbaik dan sesuai untuk jiwa dan diri anda. Tahniah, sekali lagi untuk diri anda yang telah berjaya memilih perancangan yang terbaik.
            Senarai yang anda siapkan selama ini, anda perlu simpan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana bila anda melaksanakan perancangan yang anda pilih, bila berlakunya permasaalahan semasa anda melaksanakan, kebiasaannya anda akan beralih kepada perkara yang baru. Anda perlu menyelesaikan permasaalahan dan bukan lari dari masaalah. Setiap masaalah yang dapat diselesaikan, anda akan rasa puas dan aka nada peningkatan kematangan. Selain dari itu, masaalah yang dapat diselesaikan akan dapat memberi dan membuka peluang. Peluang yang ada akan dapat meningkatkan sumber kewangan. Gunakan senarai dari 500 perancangan yang anda sediakan sebagai penghalang dari anda lari untuk memulakan perkara yang baru. Sebab itulah perlu anda simpan senarai tersebut dalam keadaan yang baik. 

MEMILIH PERANCANGAN YANG PERLU DIDAHULUKAN

            Alangkah bahagianya jika kehidupan ini tidak bermasaalah dari kesempitan kewangan. Kita boleh menjalankan tugas seharian tanpa terkejar-kejar atau dalam keadaan kelam kabut. Kita boleh beribadah dalam keadaan yang lebih tenang dan lebih khusuk. Kesempitan kewangan adalah merupakan salah satu faktor penyebab timbulnya pelbagai masaalah yang lain. Oleh sebab itu kita tidak mahu kesusahan dan kesempitan kewangan akan diwarisi oleh generasi kita akan datang. Kita menuju kearah negara maju. Apa akan berlaku pada keadaan pada masa itu. Bagi yang berjaya, tidak akan menjadi masaalah. Bagi yang tercicir, akan meneruskan kehidupan dengan lebih derita lagi. Hari ini negara kita ditadbir dari golongan yang bertanggungjawab disebabkan politiknya yang stabil. Bagaimana jika negara dikuasai oleh kumpulan yang mementingkan diri sendiri. Sudah tentu negara juga tidak akan aman.
            Pengalaman saya semasa berada sorang dinegara maju iaitu di Paris. Terdapat ramai peminta sedekah disana. Mereka ini berpakaian yang cantik dan sihat tubuh badan. Anggotanya tidak ada yang cacat seperti apa yang saya lihat peminta sedekah di Guinee, Afrika Barat. Peminta sedekah dinegara maju adalah disebabkan golongan manusia yang tercicir dari memperolehi sumber kewangan. Manusia yang tinggal dinegara tersebut yang bermasaalah kewangan. Adakah kita juga akan melahirkan ramai peminta sedekah di Malaysia seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita, negara maju. Sudah tentu kita tidak mahu kearah melahirkan jumlah besar rakyatnya sebagai peminta sedekah.
            Justeru itu, apa yang perlu kita lakukan dari sekarang dari berlakunya keciciran bila menuju negara maju. Kita perlu menyusun bagi mempertingkatkan ekonomi diri sendiri terlebih dahulu. Bermula dari ekonomi sendiri, akan membantu ekonomi keluarga dan seterusnya akan dapat mengukuhkan ekonomi negara. Bagi memulakan peningkatan ekonomi sendiri, apa yang penting adalah penyusunan bagi membolehkan pendapatan jangkamasa pendek, sederhana dan jangkamasa panjang. Pendapatan jangkamasa pendek adalah pendapatan yang diperolehi untuk tempoh sehari, seminggu atau sebulan. Ada juga individu yang memperolehi pendapatan jangkamasa pendek setiap saat atau setiap minit. Contohnya, pendapatan yang diperolehi oleh tuan punya syarikat prepaid untuk talifon bimbit.
Pendapatan jangkamasa sederhana adalah biasanya diperolehi selepas tempoh tertentu. Tempoh perolehan ini adalah antara 6 bulan hingga 1 tahun. Maksudnya, selepas tempoh ini barulah ia akan mencapai perolehan. Contohnya, perolehan yang boleh didapati pada tempoh sederhana adalah seperti membuat simpanan tetap, pelaburan dan sebagainya. Ini bermakna selepas tempoh tertentu, individu tersebut akan memperolehi pendapatan.
            Manakala pendapatan jangkamasa panjang adalah perolehan yang akan dia dapat pada tempoh selepas 1 tahun atau lebih. Diantara contoh perolehan dalam tempoh jangkamasa panjang adalah bila membeli tanah dan mengusahakannya dengan tanaman kekal, membeli rumah kedai dan sebagainya.
            Rumusannya adalah anda perlu merancang untuk diri anda apakah sumber pendapatan untuk tempoh jangkamasa pendek, sederhana dan tempoh jangkamasa yang panjang. Setiap individu perlu ada perancangan untuk berjaya dan untuk kaya, jika tidak boleh dicapai pada tempoh jangkamasa pendek atau sederhana adalah dengan perancangan dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Saya yakin dan percaya, jika setiap wanita melayu membuat perancangan dalam tempoh jangkamasa panjang seperti yang saya tulis pada bab 3 – Melahirkan wanita berjaya.
               
MEMPERTINGKATKAN ILMU DARI PERANCANGAN YANG DIPILIH

            Selepas anda berjaya merancang apa yang akan dilakukan, adalah lebih baik untuk memahirkan atau pertingkatkan ilmu yang telah sediaada. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan diri anda menguasai ilmu tersebut secara menyeluruh. Peningkatan ilmu secara teori ini anda boleh lakukan dengan cara melalui pembacaan, bertanya kepada orang lain, melayari internet, mengikuti kursus atau seminar. Bagi tujuan peningkatan ilmu secara teori, anda juga perlu fokas dengan hanya tajuk dalam perancangan sahaja. Contohnya, jika tajuk perancangan tentang ternakan ikan, anda perlu cari maklumat tentang ikan sahaja. Cara ini akan dapat mengelakkan anda untuk beralih tajuk yang lain, dapat memendekan tempoh pencarian maklumat dan pencarian anda lebih fokas.

            Mempertingkatkan ilmu secara praktikal, adalah dengan cara memulakan perancangan yang dipilih dalam bentuk hobi atau secara kecil-kecilan. Secara ini, jika anda gagal perlaksanaan pada peringkat awal, ia tidak melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu kita tidak berisiko yang tinggi. Kadangkala kita yakin sungguh dengan diri kita apa ilmu yang hendak dilaksanakan. Tetapi setelah kita mulakan, perlaksanaan itu gagal disebabkan ilmu yang ada masih perlu dipertingkatkan atau ilmu yang ada masih tidak mencukupi. Inilah yang banyak berlaku kepada pengusaha-pengusaha melayu yang melaksanakan perancangan tetapi menempoh kegagalan.
Setelah kita melaksanakan perancangan dalam bentuk hobi, pada satu perengkat ditakdirkan gagal, anda perlu mencari dan mendalami kenapa ianya menemui kegagalan. Anda boleh lakukan dengan cara pencarian ilmu dari tajuk yang sama mengapa ianya gagal bila anda laksanakan. Selepas dapat jawapannya, mulakan semula hobi anda sebelum ini yang dianggap gagal. Jika selepas ini, masih juga menemui kegagalan, jangan putusasa untuk mencari penyelesaian sehinggalah hobi yang anda lakukan dengan beroleh kejayaan. Jika anda telah berjaya melaksanakan hobi tersebut dengan kejayaan dan anda telah pasti dengan ilmu tersebut bahawa anda boleh melaksanakannya, anda telah berjaya menguasai ilmu tersebut. Kini anda telah cukup berilmu dengan tajuk dari perancangan yang anda pilih samaada secara teori atau praktikal.
Tahniah, sekali lagi kepada anda yang telah menjadi pakar dalam tajuk tersebut. Jika anda memilih dalam tajuk pembiakan tanaman, kini lahirlah lagi seorang wanita melayu yang pakar dalam pembiakan tanaman. Jika anda memilih tentang cendawan, kini lahirlah lagi seorang wanita melayu yang pakar tentang cendawan, samaada penghasilan benih, penanaman, pemasaran atau pemprosesan bagi menghasilkan produk siap berasas dari cendawan. Tahniah sekali lagi. 

MEMULAKAN BAGI MELAKSANAKAN PERANCANGAN

            Bagi tujuan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peningkatan ekonomi, individu tersebut perlu menguasaai ilmu yang menyeluruh tentang apa yang mereka lakukan. Kini anda telah menguasai ilmu secara keseluruhan tentang apa yang anda akan lakukan. Saya yakin anda akan berjaya melaksanakannya dengan memperolehi kejayaan dan seterusnya akan dapat mempertingkatkan kewangan anda jika anda laksanakan. Bila kita berilmu yang cukup, ada ketikanya permodalan itu tidak perlu satu nilai yang besar. Memadai dengan menggunakan atas kemampuan yang kita ada. Bermula dari skala yang kecil, setelah memperolehi keuntungan kita pertingkatkannya kearah yang lebih besar dan kormersial.
            Sekiranya perancangan anda dalam pengeluaran barangan yang berasas pertanian, dan barangan anda memang diperlukan pengguna pada setiap hari, 4 ciri yang anda perlu ada untuk bersaing. Persaingan ini ujud adalah dari pengeluar barangan tersebut yang telah sedia ada. Diantara ciri-ciri itu adalah, berilmu secara menyeluruh dengan apa yang anda lakukan, boleh mengeluarkan produk yang banyak, kualiti produk yang dihasilkan adalah berkualiti yang cantik dan ciri akhir adalah kesanggupan anda menawarkan harga yang lebih rendah tetapi masih mempunyai keuntungan.
            Ciri-ciri ini anda akan boleh capai, setelah anda menguasai sepenuhnya ilmu yang anda usahakan. Contohnya dalam ternakan ikan keli. Jika anda melaksanakan ternakan ikan keli, dimana anak benih adalah juga anda yang hasilkan, makanan anda sendiri yang memproses, pembesaran anda juga yang melakukan dan pemasaran anda juga yang melakukannya tanpa mengharap orang lain serta pemprosesan ikan jika perlu dilakukan adalah anda yang melakukannya. Secara ini, banyak kos yang terlibat anda dapat jimatkan. Penjimatan kos akan mempertingkatkan keuntungan.
            Maksud melakukan pembuatan sendiri itu adalah mesti anda lakukan dari diri anda atau melalui pembantu anda. Jika kesemuanya menggunakan diri anda untuk melakukannya, produk yang dikeluarkan sudah pasti satu kuantiti yang kecil.Walaupun kita jual dengan harga yang rendah, tetapi kita dapat mengeluarkan kuantiti yang banyak, keuntungan yang diperolehi bergantung kepada kuantiti. Bila kita dapat menawarkan harga yang rendah, sudah pasti permintaan akan meningkat.
            Harga cendawan hari ini adalah sekitar RM 10.00 setiap sekilogram. Bagi memperlihatkan agar ianya tidak begitu mahal, pemasaran dilakukan dengan membuat pembungkusan dengan kuantiti yang kecil. Setiap bungkus dengan berat 100 atau 150 gram. Sebenarnya bila kita boleh mengkormersialkan tanaman ini secara besar-besaran, harga setiap kilogram akan dapat ditawarkan dengan nilai RM 5.00 setiap kilogram. Ini menjadikan harga cendawan tersebut sama dengan sayur-sayur yang lain. Pengguna juga akan membeli pada kuantiti yang besar, seperti ½ kg atau 1 kg. Surirumah pula akan memasak tidak perlu mengoyakkan cendawan pada saiz yang kecil. Oleh itu permintaan cendawan akan meningkat.  

MEMPUNYAI JATI DIRI DALAM MEREALISASIKAN PERANCANGAN

            Semasa melaksanakan perancangan, selalunya tidak sama dan ikut seperti dalam kertas kerja atau perancangan. Mungkin masaalah timbul diluar jangkaan atau tidak terfikir sebelum ini. Biasanya masaalah itu timbul bila anda melaksanakan perancangan. Contohnya, masaalah disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, gempabumi atau berlakunya kebakaran. Mungkin juga masaalah timbul disebabkan oleh orang lain. Contohnya seperti ditipu, berlaku kecurian atau mungkin juga hargabarangan yang anda gunakan telah naik harga.
            Jika ini berlaku, apa yang anda perlu lakukan. Itu sebabnya setiap individu yang melaksanakan perancangan seharusnya mempunyai sifat jatidiri. Iaitu sifat yang tidak mudah putus asa atau hanya berserah kepada takdir. Biar apapun yang terjadi dan berlaku, kita perlu hadapi dan atasi setiap permasaalahan yang datang. Dalam perniagaan, semakin lama kita dapat bertahan adalah semakin mudah untuk kita berjaya. Contohnya, ilmu semakin bertambah dan matang, bertambah mahir dalam perlaksanaan, liku-liku perniagaan sudah menjadi biasa, pelanggan semakin ramai yang mengenali, pembekal barangan sudah mempercayai, kos penyelelenggaran semakin rendah, asset atau peralatan sudah tersediaada dan ini semua adalah merupakan aset yang tidak nampak. Perkara-perkara yang anda ada ketika ini, adalah sebagai satu pemantapan untuk  menghampiri kejayaan. Sebab itu setiap peniaga yang berjaya mempunyai kemantapan jati diri.
            Sikap peniaga tidak boleh putus asa. Jika bersikap berputus asa, samalah maksud anda rela terima kerugian untuk selama-lamanya. Contohnya, anda berperancangan untuk membuka kilang pakaian. Anda telah bermodal untuk mendirikan kilang dan peralatan bernilai RM 1 juta. Siap pelaburan yang anda buat, anda mengalami masaalah mungkin disebabkan rumahtangga. Anda rasa kecewa, dan anda tidak meneruskan perancangan anda yang awal. Maka disini pelaburan anda sebanyak RM 1 juta, akan hilang begitu sahaja diisebabkan anda tidak ada jatidiri untuk meneruskan perancangan awal.



2 comments:

topik yg sgt menarik utk dijadikan panduan kpd usahawan baru tq

Terimakasih kerana anda menghayatinya

Post a Comment

Please leave your email here before you leave this page,thank you...